Tuesday 28 August 2012

Teori Pembelajaran dan Proses Pembelajaran

Disedia oleh: Beh Cheap Pin

1.0 Konsep Pembelajaran

Menurut Kamus Perdana bahawa pembelajaran bermakna perihal belajar. Secara umumnya pembelajaran sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran juga membawa makna perubahan pada diri seseorang.( Lee Shok Mee, 1996)Menurut Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh bahawa pembelajaran boleh didefinisi sebagai perubahan tetap atau penguasaan ilmu dan perlakuan yang relatif. Menurut beliau juga bahawa pembelajaran berlaku sepanjang hayat seorang manusia dan ia dialami secara berterusan dalam pelbagai persekitaran.( Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh.2012)
Antaranya ialah pandangan ahli psikoogi behavioris, kognitif dan humanis:

1.1.0 Konsep Pembelajaran Berdasarkan Mazhab behavioris
Ahli psikologi behavioris menyatakan bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku. Ahli psikologi behavioris juga berpendapat bahawa perubahaan tingkah laku yang nyata dan dapat diperhatikan. Menurut psikologi behavioris Kimble (1961) berpendapat bahawa pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. ( Lee Shok Mee, 1996)

1.1.1Konsep Pembelajaran Berdasarkan Ahli Psikologi Kognitif
Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa perubahan tingkah laku terhadap sesuatu situasi disebabkan pembelajaran. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa pembelajaran sebagai perolehan. ( Lee Shok Mee, 1996)

1.1.2 Konsep Pembelajaran Berdasarkan Ahli Psikologi Humanis
Ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran  merupakan proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. ( Lee Shok Mee, 1996)

1.1.3 Konsep Pembelajaran Berdasarkan Ahli Psikologi Sosial
Ahli psikologi sosial menyatahkan bahawa pembelajaran adalah perolehan manakala tingkah laku merupakan prestasi yang dapat diperhatikan. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman yang dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. ( Lee Shok Mee, 1996)

1.2  Definisi Pembelajaran
Pembelajaran boleh dirumskan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Pembelajaran merupakan yang agak kekal yang menambahkan kebolehan seseorang. ( Lee Shok Mee, 1996)

1.2.1 Ciri-ciri pembelajaran
Pembelajaran merupakan suatu proses. Pembelajaran mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara sistematik iaitu bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran akhirnya dengan perubahan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan suatu proses yang berterusan. Pembelajaran akan berhenti apabila kehilangan motivasi. Motivasi merupakan motif untuk murid belajar. Pembelajaran berlaku ke atas aktiviti sendiri iaitu ke atas usaha manusia sendiri mengikut motif atau motivasi tertentu. Motif pembelajaran merupakan suatu penggerak dalaman. Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Hasil pembelajaran adalah akibat perolehan pengalaman atau latihan. Perubahan tingkah laku ini hendaklah dibentuk daripada proses pemikiran dan penanggapan. ( Mok Soon Sang, 2009)

1.3 Prinsip-Prinsip Pembelajaran
Menurut Lee Shok Mee,1996 bahawa terdapat lima belah prinsip pembelajaran yang memberi panduan tentang cara pembelajaran pertalian bermakna pembelajaran akan berlaku dengan berkesan jika pembelajarnan itu berkait dengan pengalaman murid, pengulangan bermakna perkara yang kerap diulang-ulang dapat membantu proses pembelajaran, kepuasan bermakna tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan mendorong pembelajaran, pengalaman bermakna pembelajaran dan kefahaman lebih mudah berlaku apabila murid pernah mengalami sendiri sesuatu aktiviti, pelaziman iaitu jikalau pembelajaran berlaku secara berulangan dapat menghasilkan pembelajaran secara pelaziman, kesediaan bermakna pembelajaran hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai kesediaan untuk belajar, penyertaan bermakna murid yang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran akan menghasilkan pemahaman yang berkesan dan apa yang dipelajari itu dapat diingati dengan lebih lama, peniruan ialah pembelajaran boleh berlaku dengan meniru perbuatan orang lain seperti menyanyi, menari dan sebagainya, minat bermakna pembelajaran boleh berlaku apabila seseorang itu berminat lalu murid sanggup mempelajari dan apa yang dipelajari dapat diingat dengan lebih lama, motivasi bermakan guru haruslah memberi motivasi kepada murid agar menanam minat belajar murid, peneguhan positif ialah memberi pujian kepada murid manakala peneguhan negatif ialah denda pemeringkatan pembelajaran ialah haruslah menyusun isi pembelajaran dengan tersusun dan sistematik, kaedah pengajaran guru haruslah sesuai dengan gaya pembelajaran murid supaya dapat menambahkan keberkesanan pembelajaran, guru haruslah mendapatkan maklum balas daripada murid dengan memberi ujian ataupun latihan akhir sekali ialah pelajaran yang disampaikan kepada murid haruslah mengubungkait dengan pengalaman seharian murid.( Lee Shok Mee,1996)

1.4 Proses Pembelajaran
Menurut Lee Shok Mee bahawa proses pembelajaran ialah bagaimana manusia memperoleh , menyusun, menyimpan dan menggunakan maklumat. Proses pembelajaran bermula dengan maklumat yang diperoleh daripada rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Rangsangan itu diproses dan persepsinya membuktikan maklumat yang bererti. Maklumat itu disimpan sebagai pengalaman. Pengalaman. Pengalaman yang telah tersimpan itu kemudian dapat diaplikasikan umtuk mencapai sesuatu matlamat dan untukmenyelesiakan masalah.( Lee Shok Mee, 1996)

1.5 Jenis-jenis Pembelajaran
Terdapat tiga jenis pembelajaran iaitu pembelajaran formal merupakan pembelajaran yang mengikut dasar pendidikan kerajaan, pembelajaran bukan formal ( non-formal) merupakan pelajaran tambahan dan pembelajaran tidak formal (informal) ialah tidak mempunyai sebarang sukatan pelajaran.( Lee Shok Mee, 1996)

1.6 Bidang pembelajaran
      Terdapat tiga jenis bidang pembelajaran iaitu bidang kognitif adalah merangkumi segala ilmu pengetahuan yang diperlajari di sekolah , bidang psikomotor merujuk kepada kemahiran atau kebolehan melaksanakan sesuatu pengerakan dan bidang afektif mengutamakan penyerapan sikap positif dan nilai murni .( Lee Shok Mee, 1996)

1.7 Pembelajaran dari segi kaedah
      Menurut W.R Ryburn dan K.B. Forge dalam buku Mok Soon Sang, 2008 Psikologi Pendidikan bahawa terdapat enam jenis pembelajaran. Jenis pertama ialah pembelajaran melalui meniru dan bermain. Jenis kedua ialah pembelajaran melalui pragmatis iaitu murid belajar melalui organ deria dan bahan-bahan alam sekitar. Jenis ketiga ialah pembelajaran melalui kaedah induktif dan deduktif. Jenis keempat ialah pembelajaran melalui pengalaman iaitu murid akan menggunakan tanggapan mereka membentuk konsep baru. Jenis kelima ialah pembelajaran melalui perhubungan iaitu murid akan mengaitkan pengalaman lama mereka untuk membentuk konsep untuk menyelesaikan masalah. Jenis keenam ialah pemebalajaran melalui pratis iaitu latihan akan diberi kepada murid untuk menperkukuhkan konsep. (Mok Soon Sang, 2008)

2.0 Teori-teori pembelajaran
Terdapat lima  jenis teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behaviorisme, teori pembelajaran kognitivisme, teori pembelajaran konstruktivisme , teori pembelajaran sosial dan teori humanistik.

2.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme
      Teori Pembelajaran Behaviorisme juga disebut teori rangsangan  dan gerak balas.

2.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi Pendidikan bahawa Teori Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas/responden atau Teori R-G. Untuk mengesahkan hasil pemerhatian fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim.Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing.
Dalam kajian beliau terdapat lima fenomena iaitu fenomena generalisasi iaitu berupaya mengkategorikan rangsangan-rangsangan yang serupa dengan melakukan gerak balas yang sama, fenomena diskriminasi ialah berupaya memberi gerak balas yang berbeza dengan rangsangan yang hampir sama, fenomena proses penghapusan jika gerak balas terlazim beransur-ansur kurang dan akhirnya hapus sama sekali, fenomena pemulihan spontan menunjukkan gerak balas terlazim sebenar tidak hilang selepas proses penghapusan dan akan wujud semula apabila semua gangguan telah hilang selepas tempoh masa rehat dan fenomena pelaziman tahap tinggi iaitu sesuatu gelak balas terlazim yang baru dapat dibentuk daripada gerak balas terlazim yang sedia ada. ( Mok Soon Sang, 2008)

2.1.2 Teori Pelaziman J.B.Watson
Menurut Mok Soon Sang, Jun 2009 dalam Buku Murid dan Alam Belajar teori pelaziman J.B.Watson juga dikenali sebagai teori pelaziman tingkah laku. Mengikut teori Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim (conditioned reflex). Dalam teori Watson telah menjelaskan pembelajaran berkesan berdasarkan kepada dua prinsip yang utama, iaitu prinsip kekerapan yang menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak. Prinsip Tempoh Kebaruan menyatakan bahawa semakin tempoh lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa terhadap rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi. ( Mok Soon Sang, Jun 2009) manakala menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010 dalam Buku DPLI Psikologi bahawa Selain daripada tingkah laku, Watson pula menjalankan kajian tentang pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, menusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah and kasih sayang. ( Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010)

2.1.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi Pendidikan bahawa Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat.Teori  ini dikemukakan pada tahun 1911. Dalam kajiannya telah menghasilkan tiga hukum iaitu pertama, Hukum Kesediaan merupakan keupayaan persiapan seseorang individu menyiapkan dirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kedua, Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas. Ketiga, Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. ( Mok Soon Sang, 2008)

2.1.4 Teori Pelaziman Operan Skinner
Menurut Mok Soon Sang, ( 2008) bahawa dalam kajian B.F.Skinner peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dan tidak dipraktikkan dalam satu tempoh yang agak lama akan dilupakan. Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh seseorang untuk mengelakkannya dari sebarang peneguhan negatif yang kurang seronok ialah dengar cara pelepasan dan cara pengelakan. ( Mok Soon Sang, 2008)

2.1.5 Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme terhadap  Pengajaran dan Pembelajaran
Guru hurus mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran. Guru haruslah memberi bimbing murid dengan menggunakan kemahiran untuk membuat generasi dengan tepat. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziaman. Oleh itu, murid hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik. Untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap kali. Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. Selain itu guru haruslah memberi banyak latihan kepada murid agar dapat mengukuhkan petalian antara rangsangan dan gerak balas murid. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

2.2 Teori Pembelajaran Kognitivisme
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam Buku Murid dan Alam Sekitar ciri-ciri pembelajaran kognitif seperti berikut:
1.Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif atau objektif tertentu dan bukan aktiviti atau proses cuba-ralat sahaja.
2.Pembelajaran ialah sesuatu pemerosesan maklumat di alam sekitar.
3.Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat penting untuk pembelajaran.
4.Pembelajaran utama adalah berasaskan kepada struktur kognitif dan kesedarannya terhadap kewujudan rangsangan-rangsangan baru.
(Mok Soon Sang, 2009)

2.2.1 Teori Pembelajaran Celik Akal: W.Kohler dan K.Koffka
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikolgi Pendidikan bahawa dalam kajian Wolfgang Kohler (1887-1967) dan rakannya Kuri Koffka (1886-1941) terdapat celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorongkan manusia mempersepsikan berkaitan unsur-unsur dalam perkitaran secara tiba-tiba demi menolongmya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.( Mok Soon Sang, 2008)

2.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif: Jean Piaget
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam buku Murid dan Alam Sekitar bahawa Jean Piaget terkandung huraian lima konsep yang asas, iaitu skema merupakan salah satu model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu antara sama lain. Asimilasi dan akomodasisedia ada dalam pengalaman baru untuk mengadaptasikan keperluan baru dalam situasi yang dihadapi dengan tujuan menggunakan sesuatu bentuk yang dapat menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya yang berkaitan rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. (Mok Soon Sang, 2009)

2.2.3 Teori Pemprosesan Maklumat: R . M . Gagne
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi bahwa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf. Terdapat lapan fasa daripada teori pempropesan maklumat R. M. Gagneiaitu  Fasa Motivasi – Jangkaan ialah manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu, Fasa Tanggapan(kefahaman)-Perhatian:Persepsi Terpilih ialah murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain, Fasa Penyimpanan(Pemerolehan) – Kod : Simpanan Awal ialah apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek, Fasa Penahanan – Stor Ingatan ialah kod-kod yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan, Fasa Mengingat Kembali – Mencari  Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang, Fasa Generalisasi – Pindahan ialah  Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi iaitu individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunalkannya untuk situasi yang serupa atau sama. Fasa Prestasi – Gerak Balas ialah tindak balas daripada murid dan Fasa Maklum Balas – Peneguhan peneguhan positif  akan meningkatkan prestasinya.( Mok Soon Sang, 2008)

2.2.4 Teori Pembelajaran Jerome Bruner
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam Buku Murid dan Alam Belajar bahawa terdapat empat prinsip dalam teori pembelajaran Jerome Bruner iaitu prinsip motivasi- pembelajaran mesti ada motivasi, Prinsip Struktur- struktur sebagai organisasi isi pelajaran, Prinsip Sekuen ialah prinsip turutan, Prinsip Peneguhan ialah mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pelajaran-pembelajaran untuk memberi kesempatan kanak-kanak membuat kajian sendiri. (Mok Soon Sang, 2009)

2.2.5 Teori Pembelajaran Resepsi  David P.Ausubel
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam buku Psikologi Pendidikan terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran resepsi iaitu murid sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif murid harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru. Menurut teori David bahawa Subsumption terbitan merupakan konsep sesuatu maklumat baru diterbitkan daripada maklumat yang sedia ada dan diasimilasikan dalam struktur kognitif orang. Manakala subsumption korelatif merupakan maklumat atau konsep baru diterima melalui proses perkembangan maknanya dalam struktur kognitif murid. ( Mok Soon Sang, 2008)

2.2.6 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Pembelajaran Kognitivisme terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Guru perlu mengalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pelajaran.selain itu, selalu membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkait unsur-unsur dalam persekitaran. Guru digalakkan memberi situasi pelajaran yang mencabar kepada murid. Guru haruslah selalu menimbulkan dan menggerakkan tidak balas murid dengan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balas. guru haruslah mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan.Tambahan pula, guru haruslah membimbing murid membezakan ciri-ciri penting dan juga mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Guru haruslah membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah induktif. Menggunakan pembelajaran resepsi yang bermakna dengan menyusun isi pelajaran secara sistematik dan berperingkat supaya murid dapat mengikutinya secara berkesan serta menggunakan contoh-contoh khusus. Guru berperanan sebagai rakan untuk membolehkan murid-murid membina makna mereka sendiri.

2.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsuddin, 2009 dalam Buku Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran bahawa Teori Konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. (Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsuddin, 2009)

2.3.1 Teori Pembelajaran Von Glaserfeld
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam Buku Murid Dan Alam Belajar bahawa Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori zon perkembangan prokimal (Zone of Prokimal Development, ZPD) Vygotsky. Idea zon perkembangan prokimal (ZPD) ialah prestasi murid, pretasi murid adalah di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya. Perbezaan perkembangan peringkat potensi individu adalah di dalam lingkungan zon perkembangan prokimal (ZPD) tersebut.( Mok Soon Sang, 2009)

2.3.2 Teori Metakognisi
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi dalam Pendidikan bahawa proses pemikiranmerupakan aktiviti mental dalam otak manusia. Terdapat dua kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikiran secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikiran secara kreatif merupakan kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi. (Mok Soon Sang, 2009)

2.3.3 Teori Kemahiran Berfikir Roger Sperry
Menurut menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi dalam Pendidikan bahawa  Teori Roger Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Mengikut kajian Roger Sperry bahawa Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.Manakala ,otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik, imaginasi. (Mok Soon Sang, 2008)

2.3.4 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Pembelajaran Konstruktivisme terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk membolehkan pembelajaran koperatif berjalan dengan lancar,guru dan pihak sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang membolehkan murid memainkan peranan yang aktif dalam proses pembelajaran mereka.Guru tidak seharuskan berperanan untuk menyusun ayat bagi menjelaskan makna dan kefahaman sesutu idea atau konsep baru untuk kemudiannya dihafal. Melatih murid menggunakan pemikiran kritis, teknik menganalisis dan mentafsir maklumat daripada data. Guru digalakkan menggunakan kaedah dan teknik mengajar sumbangsara, perbincangan dan penyelesaian masalah.

2.4 Teori Pembelajaran Sosialis
Menurut Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012 dalam Buku DPLI Psikologi bahawa Teori sosial adalah pengabungan mazhab behavioris dan mazhab kognitif dengan pengabungan kedua-keduanya dikenali teori pelakuan model.  Albert Bandura telah menjelaskan secara dalam mengenali konsep ini.

2.4.1 Teori Pembelajaran Albert Bandura
Teori pembelajaran Albert Bandura juga dikenali sebagai teori peniruan. Terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran Bandura melalui pemerhatian atau permodelan, iaitu perhatian (attention) bermakna pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian , mengingat (retention) bermakna pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan, reproduksi (reproduction) bermakna pemerhati harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya, dan peneguhan (reinforcement)/motivasi (motivation) bermakna pemerhati mungkin tidak akan melakukan semula tingkah laku sekiranya didenda atau ditegur . (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012)

2.3.4 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Pembelajaran Sosialis terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Guru haruslah mengguna kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai. Selain itu, guru haruslah menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Guru haruslah menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelajar dengan motivasi yang sesuai. Mengekalkan ingatan pelajar dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara sistematik. Akhirnya,memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi.

2.5 Teori Pembelajaran Humanistik
Menurut Mok Soon Sang , 2008 dalam Buku Murid dan Alam belajar bahawa mengikut pandangan ahli psikologi mazhab humanis bahawa fitrah manusia  pada dasarnya, adalah mulia dan baik. Individu akan berkembang secara semula jadi sekiranya kehidupan persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan murid, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna.Carl Rogers, Maslow dan Neil telah menerang teori pembelajaran secara humanistik. (Mok Soon Sang , 2008)

2.5.1 Teori Pembelajaran Carl Rogers
Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang utama seperti berikut:pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.( Mok Soon Sang , 2008)

2.5.2 Teori Keperluan Maslow
Menurut teori keperluan Maslow dalam buku Mok Soon Sang bahawa keperluan ialah kehendak manusia untuik mempersempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam dirinya. Secara umumnya, keperluan manusia boleh diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Teori Keperluan Maslow kepada tiga konsep asas seperti berikut: Motivasi yang disebutkan dalam Teori Keperluan sebenarnya ialah motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik ini merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia.Teori Keperluan pula menghuraikan berkaitan motivasi di antara hierarki keperluan. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki, keperluan dalam hierarki yang lebih tnggi akan berlaku secara semula jadi.Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, ciri persamaannya semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil, dan perbezaan di antara individu pula semakin kurang. Misalnya, keperluan makanan, minuman, oksigen, seks dan keperluan asas yang lain bagi setiap orang adalah keperluan yang tidak dapat ditinggalkan.( Mok Soon Sang , 2008)
2.5.3 Model Pendidikan terbuka: Neil
Menurut Mok Soon Sang, 2009 bahawa Sekolah Summerhill merupakan model pendidikan terbuka yang dibina oleh Neil. Ia mula beroperasi pada tahun 1924. Aspirasi sekolah ialah bebas, demokratik dan penyayang. Moto sekolah ialah kejujuran, keseimbangan dan berkumpulan. Tujuan Neil membina Sekolah Summerhill ialah membekalkan sesuatu alam belajar yang bebas, demoktratik dan penyayang untuk kanak-kanak bermain dan belajar. Bukunya tentang cara-cara mendidik kanak-kanak di Sekolah Summerhill yang diterbitkan pada tahun 1960 telah menjadi rujukan utama kira-kira 600 fakulti pendidikan di university-universiti Amerika Syarikat.
Dalam sekolah ini guru hanya mengajar murid mereka dengan kemahiran, teknik dan cara belajar, memberi bimbingan yang sewajarnya apabila mereka menghadapi masalah pembelajaran. Guru pula diberi autonomi menentukan sendiri cara membimbing kanak-kanak belajar.
Di sekolah Summerhill, tiada ujian atau peperiksaan dan tiada kerja rumah diberikan. Sekiranya murid ingin menduduki peperiksaan awam, bimbingan akan diberikan untuk membantu mereka lulus peperiksaan tersebut.( Mok Soon Sang, 2009)

2.5.1 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Humanis terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam teori ini mengutamakan strategi berpusatan pelajar dan kaedah individu. Guru bertanggungjawab membentuk iklim bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman. Selain itu, guru haruslah memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi. Guru perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di kalangan murid.

3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, terdapat pendapat yang berbeza tentang makna pembelajaran di kalangan behaviorismen, konstruktivis , kognitif, humanis  dan sosialis. Behaviorismenganggap pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkah laku.Manakala konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Tambahan pula kognitif menganggap pembelajaran sebagai satu proses dalaman yang tidak dipehatikan secara langsung. Humanis pula, menekankan perbezaan individu dan kehendak sikap dalam pembelajaran. Akhirnya, sosial mengaanggap pembelajaran meliputi aspek yang lebih daripada tingkahlaku yang nyata.

Bibliografi
  1. Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin, (2009). Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
  2. Dr. Ragbir Kaur Joginder Sigh, ( 2010). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
  3. Lee Shok Mee, (1996). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
  4. Mok Soon Sang, ( 2008). Psikologi Pendidikan. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
  5. Mok Soon Sang, ( 2009). Murid dan Alam Belajar. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
  6. Teori Pembelajaran Vygotsky dalam Cooperative Learning, (2010.26.01). Diambil dari http://ribenkkira.wordpress.com/2010/01/26/teori-pembelajaran-vygotsky-dalam-cooperative-learning/.  03 Ogos 2012
  7. Teori Pembelajaran, Suzana Bt Sanusi Diambil dari http://cikguanashazana.blogspot.com/. 10 Ogos 2012
  8. Teori pembelajaran , Ahmad Johari Sihes. Diambil dari http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf. 14 Ogos 2012

0 comments:

Post a Comment

| |

.