Disediakan Oleh: Lim
Cheng Hui
Kesediaan Belajar, Pengamatan & Penanggapan
1. Kesediaan
Belajar
1.1
Konsep Kesediaan Belajar
Sebelum guru memulakan
pengajaran, mereka lazimnya bertanya kepada murid-murid sama ada mereka
sudah bersedia untuk belajar atau belum. Malah perkataan bersedia digunakan
dalam pelbagai situasi seperti bersedia untuk bermain, bersedia untuk
berbincang, bersedia untuk diperiksa dan sebagainya. Oleh itu, kesediaan
pembelajaran sangat penting bagi memastikan murid-murid memperoleh ilmu
daripada apa yang dipelajari. Ini boleh dikatakan kana-kanak tidak dapat
memhami sesuatu konsep apabila tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu.
Menurut Ee Ah Meng (1995) sebenarnya
kesediaan belajar merupakan keadaan seseorang individu yang membolehkannya
menikmati pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal
juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya.
Terdapat tiga jenis kesediaan belajar yang utama iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan
fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum menerima pembelajaran
bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Menurut Piaget (1952) mengemukakan teori
perkembangan kognitif yang boleh dijadikan panduan apabila merancang objektif
dan aktiviti pembelajaran. Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif
kepada empat peringkat, iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra
Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat
Operasi Formal (selepas 12 tahun). Jadi, kesediaan kognitif merujuk kepada
mental seseorang untuk belajar sesuatu. Proses perkembangan kank-kanak adalah
berterusan. Ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti
berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Ini dapat dilihat
perkembangan intelek seseorang adalah mengikut pertambahan umurnya demi setiap
tahun.
Seterusnya ialah kesediaan afektif yang
merujuk kepada sikap, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Menurut Stanford (1971), pembelajaran yang
berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali seorang
pelajar mengulang kaji bahan pelajarannya. Sebagai contoh, seseorang budak
mempunyai kesediaan afektif yang tinggi maka dia akan lebih berminat untuk
belajar. ini memudahkan proses pembelajaran dan mencapai kecemerlangan dalam
sesuatu bidang yang dia minati. Sebaliknya, jika seseorang dipaksa untuk
belajar, pembelajaran dan kemahiran tidak akan mencapai taraf yang tinggi dan
tindakan ini akan membawa kekecewaan.
Yang ketiga pula ialah kesediaan
psikomotor yang merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan
fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu
proses pembelajaran yang baru. Kematangan fizikal ini meliputi perkembangan
otot, tulang, anggota, pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh badan.
Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya
telah sampai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Akan
tetapi, peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang berumur sama
adalah berbeza. Contohnya, murid-murid Tahun 1 di dalam kelas yang sama boleh
mendapati abjad yang ditulis adalah berbeza, ada yang tulis dengan kemas dan
ada yang tidak kemas hurufnya. Keadaan tersebut wujud kerana sesetengah kanak
masih belum mencapai kesediaan psikomotor walaupun dalam umur yang sama.
Aktiviti-aktiviti seperti mengikat tali kasut, memegang pensel menulis atau
membutang baju memerlukan koordinasi pergerakan otot. Justerunya, kesediaan
psikomotor yang tinggi akan membolehkan seseorang menjalankan aktiviti latihan
dalam proses pembelajaran dengan cekap dan berkesan.
Selain itu kita perlu memikir dan
mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Guru yang
mengajar kanak-kanak pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan fleksibel
dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan
ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka
mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, persediaan dan pengalaman
awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan
dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak.
1.2 Faktor-faktor
yang mempengaruhi kesediaan belajar
Apa yang dapat diperhatikan ialah dalam sesebuah
kelas yang sama, kita sering mendapati ada murid yang minat dalam pelajaran dan
ada pula yang tiada minat untuk belajar. Jadi Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin
mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan
pengajaran. Kesediaan belajar adalah dipengaruhi oleh kematangan, minat dan
sikap serta pengalaman pada seseorang. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar
adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang
pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri
seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersediauntuk proses
pembelajaran dan pengajaran.
Kematangan
ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh
diertikan dengan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan
kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap
pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses
pembelajarannya. Sekiranya sesuatu konsep yang hendak disampaikan pada waktu
dan kematangan mental murid-murid yang sesuai, maka pembelajaran adalah lebih mudah, cepat dan bermakna. Contohnya,
seorang murid-murid Tahun 1 diminta belajar golf, teknik, strategi serta konsep
main golf dan masa yang diperlukan untuk mengajarnya adalah jauh lebih lama
lagi. Ini kerana murid-murid ini belum capai lagi kematangan yang diperlukan
untuk memahami kesemua konsep tersebut.
Menurut Lee, Shok Mee (1998) menyatakan
kesediaan belajar seseorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal,
sikap dan tingkahlaku murid itu sendiri. Kebiasaannya, minat dan sikap
seseorang dikaitkan dengan kematangan emosi dan faktor persekitaran keluarga
atau murid-murid. Jika seseorang kanak mempunyai minat dan sikap yang positif,
kanak tersebut akan bersemangat yang mendadak untuk belajar. Maka, guru
memainkan peranan yang penting ketika memulakan satu tajuk khasnya dalam
peringkat set induksi. Guru harus memperkenalkan sesuatu yang menarik,
mengagumkan atau sesuatu yang boleh menimbulkan minat murid-murid bagi ingin mengambil
tahu sesuatu topik yang akan diperkenalkan dan mendapatkan kepuasan dalam
pembelajaran. Ini dapat merujuk dengan hukum kesediaan Thorndike (1913), apabila seseorang itu
bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi
kepuasan kepadanya.
Selain itu, pengalaman lampau juga boleh
mempengaruhi seseorang untuk mempelajari sesuatu. Dalam proses pembelajaran,
kemahiran asas perlu ada bagi murid-murid untuk menyerap mata pelajaran dengan
kadar yang cepat. Melalui pengalaman sedia da pada seseorang individu akan
meletakkan dirinya dalam keadaan yang lebih sedia semasa belajar. Justeru itu,
kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang
mempengaruhi kesediaan belajar seseorang. Bagaimanapun pengalaman sahaja tidak
menjamin untuk belajar, perlu ada kaitan dengan pembelajaran (yang akan
dipelajari). Perlaksanaan aktiviti yang sejajar dengan kemahiran asas pada
murid-murid akan menjaminkan lagi kejayaan aktiviti itu.
1.3 Langkah-langkah
membantu kesediaan belajar pelajar
Kesediaan
belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari pihak guru. Terdapat beberapa langkah
yang dibuat oleh pihak guru untuk memastikan setiap pelajar
boleh benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya murid-murid mendapat
keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Antara
langkah-langkahnya adalah seperti guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai
bagi kelas yang berlainan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga harus berbeza.
Bagi murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi supaya
dapat mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai. Manakala bagi pelajar yang
lemah pula, guru haruslah memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan
berulangkali agar pelajar dapat menjalani aktiviti serta matlamat pelajaran
yang sama dapat dicapai.
Guru boleh
menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-pembelajaran seperti carta,
gambar, benda maujud, audio dan video klip bagi memenuhi keperluan-keperluan
murid yang berbeza kesediaan belajarnya. kepelbagaian aktiviti turut dapat
membantu kesediaan belajar pelajar. Guru juga haruslah mempelbagaikan aktiviti
seperti secara kumpulan. Guru boleh membenarkan murid-murid memilih rakan-rakan
sendiri supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid. Guru tidak
memilih ahli kumpulan untuk mereka yang boleh menyebabkan perasaan mereka
tertekan semasa belajar. Selain itu, alat
bantu mengajar juga dapat menolong menarik minat murid kepada sesuatu mata
pelajaran. Alat bantu mengajar adalah berlainan mengikut kelas, topik serta
dalam sesuatu aktiviti. Ini kerana alat bantu mengajar perlu mengikut kesesuaian
pelajar. Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada kesediaan belajar murid.
Oleh itu guru harus memahami kesediaan belajar muridnya untuk merancang dan
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta sepadan
dengan kebolehan muridnya.
2.
Pengamatan
2.1 Konsep
Pengamatan
Mengikut
Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian.
Secara spesifiknya, pengamatan adalah bererti dengan perkataan persepsi, iaitu
gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan
(menerusi pancaindera), atau tanggapan.
Definisi Pengamatan
Pengamatan
atau persepsi merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat dari
deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya. Dari
pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja
memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna
kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng, 1997).
Menurut Slavin (1997), mendefinisikan pengamatan sebagai suatu interpretasi
yang memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh deria seseorang itu.
Pengamatan
adalah satu proses yang mana otak kita menerima maklumat dari deria-deria kita
(seperti deria lihat, deria mendengar, deria merasa, deria menghidu dan deria
menyentuh), menyusun semula maklumat itu dan memberi makna kepadanya. Kebiasaanya,
maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan,
menginterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makna atau konsep
rangsangan tersebut. Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu
mendengar bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek
(motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu), maka gambaran
‘motosikal’ dengan cepat terbayangnya. Akan tetapi, seseorang individu yang
tidak ada pengalaman seperti ini tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi
ini.
2.2
Organisasi Pengamatan
Ini
bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun dan
diorganisasikan dalam bentuk yang baik
iaitu mudah, elok dan simetri. Jadi, organisasi pengamatan merupakan proses
mental yang menyusun maklumat, membuat tafsiran dan membentuk konsep
berdasarkan pengalaman lampau. Namun begitu, penetapan makna maklumat tersebut
bergantung kepada pengamatan seseorang individu. Individu akan memilih
rangsangan yang bermakna bagi dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat
kederiaan dan seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut.
Di dalam kehidupan harian kita,
kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan terdiri daripada satu-satu,
malah bukan terpisah-pisah. Ahli-ahli psikologi Gestalt pula berpendapat bahawa
manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada
bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan tersebut.
2.3 Teori
Pembentukan Pengamatan
Ahli-ahli
psikologi berusaha menggunakan Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz untuk
menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. Perkataan gestalt berasal daripada
bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi. Mengikut
teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur
kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses
pembelajaran. Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt
dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar
kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama.
Contoh
: Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.
Apabila
kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang diperoleh
ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian
hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Ini adalah bergantung
kepada pilihan pemerhati tentang bentuk dan latarnya. Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi teori
Gestalt ialah bagaimana para pelajar memproses maklumat untuk menentukan apa
yang mereka pelajari. Teori ini juga turut menekankan aspek pemikiran, kepercayaan, sikap dan
nilai pelajar.
Ahli-ahli psikologi gestalt
mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi) dikenali sebagai Hukum Pragnanz
seperti berikut:
(a) Prinsip Kedekatan (b) Prinsip Bentuk dan Latar
(c) Prinsip Kesamaan (d) Prinsip Simetri
(e) Prinsip Lengkapan ( f) Prinsip Terangkum
|
(a) Prinsip Kedekatan
Ransangan-ransangan yg
terletak dekat antara satu sama lain akan terkumpul bersama dalam bidang
pengamatan kita
(b) Prinsip Bentuk dan Latar
Bidang pengamatan individu
terbahagi kpd dua komponen iaitu bentuk
dan latar. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk atau fokus pemerhatian kita, yg lain akan menjadi latar.
(c) Prinsip Kesamaan
Pengamatam manusia cenderung
utk mengumpulkan ransangan yg sama dalam
satu kumpulan.
(d) Prinsip Simetri
Dalam pengamatan kita lebih
mudah mengingati bentuk yg simetri (sama ukuran) drp bentuk yg tidak simetri.
(e) Prinsip Lengkapan
Individu cenderung utk
melengkapkan sesuatu tidak lengkap dalam pengamatan mereka.
(f) Prinsip Terangkum
Individu cenderung melihat
bentuk yg lebih besar walaupun ada bentuk kecil di dalamnya.
2.4
Teori Pengajaran-Pembelajaran yang berkaitan dengan Pengamatan
Wetheirmer ialah pengasas teori Gestalt.
Beliau mengambil berat tentang cara kanak-kanak belajar terutama di sekolah.
Beliau tidak bersetuju dengan penggunaan hafalan. Beliau mahu kanak-kanak
mencapai kefahaman, dan mempunyai celik akal dalam sesuatu masalah.
Kohler pula menjalankan eksperimen
terhadap perlakuan seekor chimpanzi telah mengemukakan konsep celik akal yang
bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara tiba-tiba. Dalam kajiannya,
chimpanzi yang lapar dimasuk ke dalam sangkar dan beberapa batang kayu panjang
diletak berhampirannya, manakala sebiji pisang pula diletakkan di luar sangkar.
Chimpanzi mendapat idea dengan memahami masalah dan cari penyelesaian iaitu, menyambungkan
kayu-kayu tersebut dan berjaya mengaitkannya dengan buah pisang. Chimpanzi ini
menunjukkan apa yang dipanggil oleh Kohler sebagai celik akal dan Kohler merasakan
bahawa ia berlaku terutama dalam pembelajaran manusia.
Kohler menyarankan bahawa kebolehan
mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar
mempelajari perkara-perkara baru. Justerunya, ahli-ahli teori Gestalt melihat bagaimana
individu mempersepsi sesuatu perkara, termasuk pengetahuan lalu yang berkaitan,
kaedah pengajaran yang diterima akan menentukan bagaimana dia belajar dan
menyelesaikan masalah. Oleh itu, amalan pengajaran yang baik perlu membuat
pertimbangan tentang persepsi pelajar.
3.0
Penanggapan
3.1
Konsep Penanggapan
Hilgard, Atkinson dan
Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan sebagai sifat-sifat umum bagi
suatu kelompok objek atau idea. Dengan ini, penanggapan merupakan suatu proses
pembentukan konsep.
Bruner
(1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep
iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang
beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Sebagai contoh,
haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus seperti jenis
binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia. Cara
pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari
ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.
Penanggapan
merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada
pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat
terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Namun, dalam proses membuat
tanggapan yang tepat, pelajar sering terganggu sekiranya banyak rangsangan
wujud di sekelilingnya. Oleh
itu, dalam teori belajar Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat
diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat
perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih
efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di
mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka.
Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam
menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam
bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.
Bruner telah
mengemukakan tiga konsep:
(a) Konsep konjuntif: menerangkan gabungan dua atau
beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan.
(b) Konsep disjuntif: pula merupakan gabungan atribut
dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain.
(c) Gabungan: ialah konsep hubungan yang
bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara
satu sama lain.
Ketiga-tiga
konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia
melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan
penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.
3.2 Faktor-faktor
Mempengaruhi Pembentukan Penanggapan atau Konsep
a. Pengalaman
Pengalaman seseorang akan membantunya
membentuk konsep. Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, murid-murid tidak
dapat membentuk penanggapan yang betul.
b. Imaginasi
Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang
untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya.
Daya imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan pembentukan penanggapan
seseorang individu.
c.
Kecerdasan
Merujuk
kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan
perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah. Kecerdasan yang
tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi
serta membentuk penanggapan.
d. Penguasaan Bahasa
Pembentukan konsep memerlukan
perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik. bahasa yang mengelirukan
boleh menyebabkan murid-murid membentuk penanggapan yang salah.
e.
Contoh-contoh
Contoh-contoh yang diberi hendaklah
mencukupi ketika guru menyampaikan satu-satu konsep. Ini kerana murid-murid
perlu mengetahui segala cirri-ciri konsep dengan baik untuk pembentukan konsep.
4.0 Kesimpulan
Menurut
Razhiyah (2006), setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran
mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Namun
begitu, setiap kanak-kanak dapat diajar dan mereka berhak mendapat bimbingan
yang sepatutnya. Jadi, guru hendaklah memikirkan, merancangkan strategi
pengajaran-pembelajaran mengikut tahap murid-murid. Dengan itu penumpuan
murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat ditimbulkan.
Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan faktor-faktor
yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan murid-murid dapat diwujudkan.
Bibliografi
Ee
Ah Meng. (1994). Psikologi Dalam Bilik
Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee
Ah Meng. (1995). Murid dan Proses
Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee
Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II
(Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee. (1998). Psikologi Pendidikan 2. Edisi 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok
Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan
untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rahill
Mayyuddin dan Habibah Elias (2007), Psikologi
Pendidikan Untuk Pengurusan. Edisi 2. Shah Alam: Karisma Publications Sdn.
Bhd.
Ramlan
Hamzah Lily Mastura Harun, PhD. (2006). Panduan
Ulangkaji Psikologi Pendidikan: Untuk PraSarjana Muda Dan KPLI. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Razhiyah
K. A. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar
Belajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ridzuan Hussin. (2009). Teori Gestalt. Tg. Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Slavin, R.E. (1997). Educational psychology. Theory and practice.
5th.ed. Boston: Ally & Bacon.
Pengamatan. Retrived Ogos 24, 2012. From the http://cintakudikeningau.blogspot.com/2011/06/pengamatan.html
Psikologi P&P. Retrived Ogos 24, 2012.
From the http://ibnuziad.wordpress.com/2010/03/05/psaikoloji-pp/