Wednesday, 29 August 2012

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembelajaran

Disediakan Oleh: Lim Cheng Hui

Kesediaan Belajar, Pengamatan & Penanggapan

1. Kesediaan Belajar
1.1 Konsep Kesediaan Belajar
Sebelum guru memulakan pengajaran, mereka lazimnya bertanya kepada murid-murid sama ada mereka sudah bersedia untuk belajar atau belum. Malah perkataan bersedia digunakan dalam pelbagai situasi seperti bersedia untuk bermain, bersedia untuk berbincang, bersedia untuk diperiksa dan sebagainya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran sangat penting bagi memastikan murid-murid memperoleh ilmu daripada apa yang dipelajari. Ini boleh dikatakan kana-kanak tidak dapat memhami sesuatu konsep apabila tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu.

Menurut Ee Ah Meng (1995) sebenarnya kesediaan belajar merupakan keadaan seseorang individu yang membolehkannya menikmati pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya. Terdapat tiga jenis kesediaan belajar yang utama iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum menerima pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Menurut Piaget (1952) mengemukakan teori perkembangan kognitif yang boleh dijadikan panduan apabila merancang objektif dan aktiviti pembelajaran. Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat, iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Jadi, kesediaan kognitif merujuk kepada mental seseorang untuk belajar sesuatu. Proses perkembangan kank-kanak adalah berterusan. Ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Ini dapat dilihat perkembangan intelek seseorang adalah mengikut pertambahan umurnya demi setiap tahun.

Seterusnya ialah kesediaan afektif yang merujuk kepada sikap, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Menurut Stanford (1971), pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pelajarannya. Sebagai contoh, seseorang budak mempunyai kesediaan afektif yang tinggi maka dia akan lebih berminat untuk belajar. ini memudahkan proses pembelajaran dan mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang yang dia minati. Sebaliknya, jika seseorang dipaksa untuk belajar, pembelajaran dan kemahiran tidak akan mencapai taraf yang tinggi dan tindakan ini akan membawa kekecewaan.

Yang ketiga pula ialah kesediaan psikomotor yang merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Kematangan fizikal ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota, pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh badan. Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Akan tetapi, peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang berumur sama adalah berbeza. Contohnya, murid-murid Tahun 1 di dalam kelas yang sama boleh mendapati abjad yang ditulis adalah berbeza, ada yang tulis dengan kemas dan ada yang tidak kemas hurufnya. Keadaan tersebut wujud kerana sesetengah kanak masih belum mencapai kesediaan psikomotor walaupun dalam umur yang sama. Aktiviti-aktiviti seperti mengikat tali kasut, memegang pensel menulis atau membutang baju memerlukan koordinasi pergerakan otot. Justerunya, kesediaan psikomotor yang tinggi akan membolehkan seseorang menjalankan aktiviti latihan dalam proses pembelajaran dengan cekap dan berkesan.

Selain itu kita perlu memikir dan mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Guru yang mengajar kanak-kanak pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak.

1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar
Apa yang dapat diperhatikan ialah dalam sesebuah kelas yang sama, kita sering mendapati ada murid yang minat dalam pelajaran dan ada pula yang tiada minat untuk belajar. Jadi Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran. Kesediaan belajar adalah dipengaruhi oleh kematangan, minat dan sikap serta pengalaman pada seseorang. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak  pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersediauntuk proses pembelajaran dan pengajaran.

Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh diertikan dengan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. Sekiranya sesuatu konsep yang hendak disampaikan pada waktu dan kematangan mental murid-murid yang sesuai, maka pembelajaran adalah  lebih mudah, cepat dan bermakna. Contohnya, seorang murid-murid Tahun 1 diminta belajar golf, teknik, strategi serta konsep main golf dan masa yang diperlukan untuk mengajarnya adalah jauh lebih lama lagi. Ini kerana murid-murid ini belum capai lagi kematangan yang diperlukan untuk memahami kesemua konsep tersebut.

Menurut Lee, Shok Mee (1998) menyatakan kesediaan belajar seseorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal, sikap dan tingkahlaku murid itu sendiri. Kebiasaannya, minat dan sikap seseorang dikaitkan dengan kematangan emosi dan faktor persekitaran keluarga atau murid-murid. Jika seseorang kanak mempunyai minat dan sikap yang positif, kanak tersebut akan bersemangat yang mendadak untuk belajar. Maka, guru memainkan peranan yang penting ketika memulakan satu tajuk khasnya dalam peringkat set induksi. Guru harus memperkenalkan sesuatu yang menarik, mengagumkan atau sesuatu yang boleh menimbulkan minat murid-murid bagi ingin mengambil tahu sesuatu topik yang akan diperkenalkan dan mendapatkan kepuasan dalam pembelajaran. Ini dapat merujuk dengan hukum kesediaan Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.

Selain itu, pengalaman lampau juga boleh mempengaruhi seseorang untuk mempelajari sesuatu. Dalam proses pembelajaran, kemahiran asas perlu ada bagi murid-murid untuk menyerap mata pelajaran dengan kadar yang cepat. Melalui pengalaman sedia da pada seseorang individu akan meletakkan dirinya dalam keadaan yang lebih sedia semasa belajar. Justeru itu, kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang mempengaruhi kesediaan belajar seseorang. Bagaimanapun pengalaman sahaja tidak menjamin untuk belajar, perlu ada kaitan dengan pembelajaran (yang akan dipelajari). Perlaksanaan aktiviti yang sejajar dengan kemahiran asas pada murid-murid akan menjaminkan lagi kejayaan aktiviti itu.

1.3 Langkah-langkah membantu kesediaan belajar pelajar
            Kesediaan belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari pihak guru. Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak guru untuk memastikan setiap pelajar boleh benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Antara langkah-langkahnya adalah seperti guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang berlainan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga harus berbeza. Bagi murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi supaya dapat mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, guru haruslah memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan berulangkali agar pelajar dapat menjalani aktiviti serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai.

Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-pembelajaran seperti carta, gambar, benda maujud, audio dan video klip bagi memenuhi keperluan-keperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar pelajar.  Guru juga haruslah mempelbagaikan aktiviti seperti secara kumpulan. Guru boleh membenarkan murid-murid memilih rakan-rakan sendiri supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid. Guru tidak memilih ahli kumpulan untuk mereka yang boleh menyebabkan perasaan mereka tertekan semasa belajar.  Selain itu, alat bantu mengajar juga dapat menolong menarik minat murid kepada sesuatu mata pelajaran. Alat bantu mengajar adalah berlainan mengikut kelas, topik serta dalam sesuatu aktiviti. Ini kerana alat bantu mengajar perlu mengikut kesesuaian pelajar. Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada kesediaan belajar murid. Oleh itu guru harus memahami kesediaan belajar muridnya untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta sepadan dengan kebolehan muridnya.

2. Pengamatan
2.1 Konsep Pengamatan
     Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian. Secara spesifiknya, pengamatan adalah bererti dengan perkataan persepsi, iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), atau tanggapan.

Definisi Pengamatan
Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya. Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng, 1997). Menurut Slavin (1997), mendefinisikan pengamatan sebagai suatu interpretasi yang memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh deria seseorang itu.

            Pengamatan adalah satu proses yang mana otak kita menerima maklumat dari deria-deria kita (seperti deria lihat, deria mendengar, deria merasa, deria menghidu dan deria menyentuh), menyusun semula maklumat itu dan memberi makna kepadanya. Kebiasaanya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut. Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu mendengar bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek (motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu), maka gambaran ‘motosikal’ dengan cepat terbayangnya. Akan tetapi, seseorang individu yang tidak ada pengalaman seperti ini tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini.

2.2 Organisasi Pengamatan
Ini bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun dan diorganisasikan dalam  bentuk yang baik iaitu mudah, elok dan simetri. Jadi, organisasi pengamatan merupakan proses mental yang menyusun maklumat, membuat tafsiran dan membentuk konsep berdasarkan pengalaman lampau. Namun begitu, penetapan makna maklumat tersebut bergantung kepada pengamatan seseorang individu. Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut.
Di dalam kehidupan harian kita, kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan terdiri daripada satu-satu, malah bukan terpisah-pisah. Ahli-ahli psikologi Gestalt pula berpendapat bahawa manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan tersebut.

2.3 Teori Pembentukan Pengamatan
Ahli-ahli psikologi berusaha menggunakan Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz untuk menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi. Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama. 
Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.

Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Ini adalah bergantung kepada pilihan pemerhati tentang bentuk dan latarnya. Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi teori Gestalt ialah bagaimana para pelajar memproses maklumat untuk menentukan apa yang mereka pelajari. Teori ini juga turut menekankan aspek pemikiran, kepercayaan, sikap dan nilai pelajar.

Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi) dikenali sebagai Hukum Pragnanz seperti berikut:
(a) Prinsip Kedekatan                     (b) Prinsip Bentuk dan Latar 
(c) Prinsip Kesamaan                     (d) Prinsip Simetri
(e) Prinsip Lengkapan                    ( f) Prinsip Terangkum

 (a) Prinsip Kedekatan
Ransangan-ransangan yg terletak dekat antara satu sama lain akan terkumpul bersama dalam bidang pengamatan kita

(b) Prinsip Bentuk dan Latar
Bidang pengamatan individu terbahagi kpd dua komponen iaitu  bentuk dan latar. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk atau fokus  pemerhatian kita, yg lain akan menjadi latar.

(c) Prinsip Kesamaan
Pengamatam manusia cenderung utk mengumpulkan ransangan  yg sama dalam satu kumpulan.

(d) Prinsip Simetri
Dalam pengamatan kita lebih mudah mengingati bentuk yg simetri (sama ukuran) drp bentuk yg tidak simetri.

 (e) Prinsip Lengkapan
Individu cenderung utk melengkapkan sesuatu tidak lengkap dalam pengamatan mereka.

(f) Prinsip Terangkum
Individu cenderung melihat bentuk yg lebih besar walaupun ada bentuk kecil di dalamnya.

2.4 Teori Pengajaran-Pembelajaran yang berkaitan dengan Pengamatan
Wetheirmer ialah pengasas teori Gestalt. Beliau mengambil berat tentang cara kanak-kanak belajar terutama di sekolah. Beliau tidak bersetuju dengan penggunaan hafalan. Beliau mahu kanak-kanak mencapai kefahaman, dan mempunyai celik akal dalam sesuatu masalah.

Kohler pula menjalankan eksperimen terhadap perlakuan seekor chimpanzi telah mengemukakan konsep celik akal yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara tiba-tiba. Dalam kajiannya, chimpanzi yang lapar dimasuk ke dalam sangkar dan beberapa batang kayu panjang diletak berhampirannya, manakala sebiji pisang pula diletakkan di luar sangkar. Chimpanzi mendapat idea dengan memahami masalah dan cari penyelesaian iaitu, menyambungkan kayu-kayu tersebut dan berjaya mengaitkannya dengan buah pisang. Chimpanzi ini menunjukkan apa yang dipanggil oleh Kohler sebagai celik akal dan Kohler merasakan bahawa ia berlaku terutama dalam pembelajaran manusia.

Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Justerunya, ahli-ahli teori Gestalt melihat bagaimana individu mempersepsi sesuatu perkara, termasuk pengetahuan lalu yang berkaitan, kaedah pengajaran yang diterima akan menentukan bagaimana dia belajar dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, amalan pengajaran yang baik perlu membuat pertimbangan tentang persepsi pelajar.

3.0 Penanggapan
3.1 Konsep Penanggapan
Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan sebagai sifat-sifat umum bagi suatu kelompok objek atau idea. Dengan ini, penanggapan merupakan suatu proses pembentukan konsep.

Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Sebagai contoh, haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus seperti jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia. Cara pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.

Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Namun, dalam proses membuat tanggapan yang tepat, pelajar sering terganggu sekiranya banyak rangsangan wujud di sekelilingnya. Oleh itu, dalam teori belajar Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.

Bruner telah mengemukakan tiga konsep:
(a) Konsep konjuntif: menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan.

(b) Konsep disjuntif: pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain.

(c) Gabungan: ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep  mempunyai hubungan khas antara satu sama lain.

Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.

3.2 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Penanggapan atau Konsep
a. Pengalaman
Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, murid-murid tidak dapat membentuk penanggapan yang betul.

b. Imaginasi
       Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya. Daya imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu.

c. Kecerdasan
    Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah. Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta membentuk penanggapan.

d. Penguasaan Bahasa
Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik. bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan murid-murid membentuk penanggapan yang salah.

e. Contoh-contoh
Contoh-contoh yang diberi hendaklah mencukupi ketika guru menyampaikan satu-satu konsep. Ini kerana murid-murid perlu mengetahui segala cirri-ciri konsep dengan baik untuk pembentukan konsep.
    
4.0 Kesimpulan
Menurut Razhiyah (2006), setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Namun begitu, setiap kanak-kanak dapat diajar dan mereka berhak mendapat bimbingan yang sepatutnya. Jadi, guru hendaklah memikirkan, merancangkan strategi pengajaran-pembelajaran mengikut tahap murid-murid. Dengan itu penumpuan murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat ditimbulkan. Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan faktor-faktor yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan murid-murid dapat diwujudkan.

Bibliografi
Ee Ah Meng. (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. (1998). Psikologi Pendidikan 2. Edisi 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rahill Mayyuddin dan Habibah Elias (2007), Psikologi Pendidikan Untuk Pengurusan. Edisi 2. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlan Hamzah Lily Mastura Harun, PhD. (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan: Untuk PraSarjana Muda Dan KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Razhiyah K. A. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ridzuan Hussin. (2009). Teori Gestalt. Tg. Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Slavin, R.E. (1997). Educational psychology. Theory and practice. 5th.ed. Boston:     Ally & Bacon.

Pengamatan. Retrived Ogos 24, 2012. From the http://cintakudikeningau.blogspot.com/2011/06/pengamatan.html

Psikologi P&P. Retrived Ogos 24, 2012. From the http://ibnuziad.wordpress.com/2010/03/05/psaikoloji-pp/

Kesediaan Penentu Keberkesanan Pembelajaran. Retrived Ogos 23, 2012. From the http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/36-mengenai-pendidikan/5584-kesediaan-penentu-keberkesananan-pembelajaran.html

TINGKAH LAKU BERMASALAH

DISEDIAKAN OLEH: NG EE TIENG

1.0 Konsep Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal atau terkeluar dari nilai norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Mohd. Nazar Mohamad (1990) menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Manakala di bawah konteks pendidikan pula, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam bilik darjah.

2.0 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah laku bermasalah boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah positif. Dimana tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung), tingkah laku yang mengganggu (disruptif), dan tingkah laku antisosial (distruktif). Manakala tingkah laku positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif (Mok Soon Sang, 2011).

Di dalam tingkah laku bermasalah negatif, tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri dan tidak mengganggu murid yang lain. Misalnya mereka yang berkelakuan kebimbangan, pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri telah dikategorikan dalam tingkah laku bermasalah bergantung. Seperkara lagi, tingkah laku disruptif bukan sahaja membahayakan diri tetapi membahayakan murid lain. Hal ini kerana murid yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan akibatnya. Manakala tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang berbahaya. Ini kerana tingkah laku ini merupakan aktiviti jenayah dimana ia akan mengancam keselamatan orang lain serta kemudahan-kemudahan sekolah.

Tambahan pula, tingkah laku bermasalah positif iaitu tingkah laku ingin tahu boleh merujuk kepada murid-murid bersikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Misalnya, murid-murid menyentuh barang tanpa mendapat kebenaran daripada guru. Tingkah laku ini akan menimbulkan situasi yang berbahaya terutamanya dalam makmal. Selain itu, murid-murid yang mudah memahami sesuatu konsep dengan cepat telah dikategorikan dalam tingkah laku cepat belajar. Misalnya, murid yang cepat belajar akan berasa bosan dan tidak akan memberi tumpuan lagi apabila guru mengulangi penerangannya. 

Bagi murid-murid yang bertingkah laku pintar cerdas pula, mereka mempunyai kebolehan dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Jadi, mereka akan cepat memahami terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. Ini akan menyebabkan mereka hilang penumpuan sekiranya kaedah pengajaran guru adalah lambat. Manakala bagi murid yang bertingkah laku proaktif pula, mereka adalah sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat serta jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu. Misalnya, selepas mereka memerhati sesuatu demonstrasi di dalam makmal, mereka ingin menjalankan uji kaji dengan serta merta.

3.0 Cara-cara Mengenal Pasti Murid yang Bermasalah Tingkah
      Laku
Guru boleh mengenalpasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku melalui pelbagai kaedah iaitu melalui ujian, bukan ujian, dan kajian. Di dalam kaedah ujian, ahli psikologi atau kaunselor sekolah akan mentadbirkan ujian-ujian psikologi dan diagnostik ini. Penilaian psikologi dilaksanakan terhadap muid-murid yang menunjukkan isu emosi dan isu tingkah laku. Penilaian ini biasa terdiri daripada sesi temuduga dan analisa latar belakang. Antara penilaian psikologi biasanya terdiri daripada perasaan, personaliti, tekanan, stail dan kebolehan untuk berkait kepada orang lain, serta tingkah laku bermasalah dan emosi. Tujuan utama bagi penilaian psikologi adalah untuk mendapat sesuatu gambaran bagi tingkah laku klien atau tahap emosi distres dan juga menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid secara keseluruhan (Ragbir Kaur, 2012).

Bagi penilaian diagnostik pula, ia berfokus kepada menilai ciri-ciri biasa dan tidak biasa mengenai fungsi keseluruhan seseorang individu. Dimana penilaian diagnostik daripada komponen-komponen temuduga klinikal, peperiksaan status mental, dan satu atau lebih peperiksaan psikologikal. Tambahan pula, penilaian ini boleh disingkatkan dengan ujian psikologikal yang terhad kepada aspek-aspek spesifik. Ia juga boleh terdiri daripada penilaian komprehensif yang terdiri daripada ukuran personaliti yang panjang dan terperinci. Biasanya, ahli-ahli psikologi sekolah atau kaunselor sekolah yang akan mentadbirkan penilaian diagnostik kerana ujian ini agak menyukarkan guru kelas. Hal ini kerana guru-guru kelas tiada masa untuk mentadbirkan begitu banyak komponen dalam penilaian diagnostik.

Kaedah bukan ujian iaitu melalui pemerhatian dan temubual juga boleh digunakan untuk mengenalpasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku. Dimana pemerhatian merupakan sesuatu kaedah kajian yang boleh digunakan oleh guru untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid-murid dan menentukan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu tingkah laku bermasalah berlaku. Kaedah pemerhatian ini adalah penting bagi guru untuk menentukan kekerapan, tempoh langsungnya serta intensiti sesuatu salah laku murid yang telah dikenal pasti. Data yang dikumpul melalui teknik pemerhatian adalah penting bagi seseorang guru. Hal ini kerana guru boleh merancang tindakan susulan untuk menyelesaikan salah laku di dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga boleh menolong guru mengawal tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Bagi kaedah temubual pula, ia merupakan satu siri penyoalan dan perbincangan antara guru bimbingan dengan murid bermasalah, ibu bapa, penjaga, rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapat maklumat.

Seperkara lagi, guru-guru juga boleh menggunakan kaedah kajian untuk membuat analisis yang terperinci mengenai murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Dimana metodologi yang boleh digunakan ialah kajian rentasan, kajian membujur, kajian kes, dan kajian dokumen. Penyelidikan kajian rentasan melibatkan pemerhatian sasuatu sampel populasi. Di mana kumpulan-kumpulan yang berlainan boleh dibandingkan pada peringkat-peringkat umur tertentu berdasarkan angkubah-angkubah seperti IQ dan memori. Dalam kajian rentasan, guru-guru akan mengkaji murid-murid bermasalah pada peringkat-peringkat umur yang tertentu sahaja. Misalnya, guru-guru mengambil sampel kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah daripada peringkat umur yang berlainan untuk dikaji. Perubahan-perubahan dalam tingkah laku bermasalah diukur dengan membandingkan perlakuan murid-murid dari suatu peringkat umur ke peringkat umur yang lain.

Di samping itu, kajian membujur merupakan satu kajian korelasi yang melibatkan pemerhatian berulang mengenai item-item penyelidikan yang sama untuk satu jangka masa yang lama. Data kajian membujur boleh dipungut melalui soal selidik atau data pentadbiran. Melalui kajian membujur, murid-murid bermasalah yang diperhatikan dalam jangka masa yang panjang oleh guru-guru untuk menilai semua perubahan tingkah lakunya. Kajian ini melalui pemerhatian kepada tingkah laku murid bermasalah untuk mendapat maklumat terperinci mengenai perubahan-perubahan dalam tingkah lakunya. Kajian ini memerlukan masa yang panjang dan perbelanjaan yang tinggi.

Tambahan pula, guru-guru boleh menjalankan kajian kes untuk menganalisa tingkah laku bermasalah secara terperinci khususnya bagi murid-murid yang mempunyai salah laku yang serius. Kajian kes ini biasanya melibatkan sasuatu kajian membujur secara mendalam mengenai sesuatu kes. Kajian kes merupakan suatu kaedah yang sistematik unuk melihat kejadian, mengumpul dan menganalisa data serta melaporkan keputusan tersebut. Melalui kajian kes, setiap aspek hidup dan latar belakang individu telah dianalisis untuk melihat corak dan faktor-faktor penyebab tingkah laku. Di samping itu, tujuan utama menjalani kajian kes ialah generalisasi yang dibuat pada satu kes boleh digeneralisasikan kepada banyak kes yang lain. Guru-guru juga boleh menggabungkan kaedah kajian seperti temubual dan pemerhatian dengan rakan sebaya untuk membina kajian kes yang kuat. Terdapat suatu kelemahan bagi kajian kes ini, dimana ia mengambil masa yang panjang untuk mendapat keputusan kajian. Kadang-kadang, keputusan kajian kes juga susah untuk digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar.

Bagi kajian dokumen pula, ia merupakan analisis bertulis yang dibuat oleh guru-guru terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah berdasarkan dokumen-dokumen yang dikumpulkan mengenai murid-murid yang biasa menunjukkan salah laku di sekolah. Dimana kajian dokumen ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu rekod awam dan dokumen peribadi. Tambahan pula, dokumen peribadi ialah akaun orang pertama atau pengalaman dan kejadian yang telah berlaku. Dokumen kehidupan ini termasuk punca diari, portfolio, gambar, kerja lukisan, jadual, buku skrap, dan suratkhabar. Dokumen-dokumen ini juga mengandungi anekdot, borang maklumat murid, laporan-laporan pemerhatian dan temuramah serta dokumen yang mengandungi maklumat mengenai tingkah laku dan perkembangan murid bermasalah. Dokumen-dokumen ini amat berguna dalam sesuatu projek penyelidikan. Hal ini kerana ia membekalkan maklumat yang mengenai budaya sekolah dan ahli yang terlibat dalam sesuatu projek bagi seseorang guru.  

4.0 Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah
Dengan diagnosis dan analisis dokumen-dokumen ini, guru boleh memperkenalkan teknik-teknik modifikasi tingkah laku untuk menangani tingkah laku bermasalah murid-murid. Dimana pengurusan tingkah laku boleh dirujuk sebagai sesuatu rancangan untuk memodifikasi tingkah laku bermasalah ke matlamat yang ditetapkan dengan menggunakan teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai seperti peneguhan positif dan negatif. Tujuan utama bagi pengurusan tingkah laku adalah untuk mengurangkan dan melupuskan tingkah laku negatif yang tidak diingini serta memupuk tingkah laku laku positif yang diingini (Mok Soon Sang, 2010). Melalui rancangan berkenaan, guru-guru harus memberitahu murid-murid tentang tingkah laku yang harus diamalkan di sekolah serta peraturan-peraturan sosial yang harus ditunjukkan dalam bilik darjah. Selain itu, guru-guru harus membetulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan mereka tingkah laku yang betul. Hal ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak ini mungkin mengalami masalah kesihatan mental pada kelak nanti.

Terdapat tiga peringkat yang telah ditetapkan dalam proses memodifikasikan tingkah laku murid-murid iaitu taksiran, “intervensi”, dan penilaian. Pada peringkat awal, seseorang guru harus mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid. Jadi, guru boleh menetapkan objektif tingkah laku yang sepatut ditunjukkan oleh murid tersebut. Tingkah laku bermasalah akan dinilai supaya masalah dapat ditangani untuk membawa perubahan pola tingkah laku kepada murid-murid yang bermasalah. Dalam proses “intervensi” pula, seseorang guru boleh menggunakan pelbagai teknik modifikasi tingkah laku untuk memperbetulkan tingkah laku yang salah. Dalam tahap ini, guru mestilah memodifikasikan tingkah laku bermasalah supaya mereka tidak bergantung kepada ganjaran-ganjaran ekstrinsik tetapi menunjukkan tingkah laku yang betul. Manakala dalam tahap penilaian pula, guru berkenaan menilai hasil kesemua intervensi tingkah laku dan membuat kesimpulan yang mengenai program modifikasi tingkah lakunya (Ragbir Kaur, 2012).

Sebagai rumusan, dalam proses modifikasi tingkah laku, guru-guru mestilah mengikut langkah-langkah yang berikut iaitu membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah. Seterusnya, mengenalpasti dan menentukan objektif tingkah laku positif yang perlu dicapai oleh murid-murid. Kemudiannya, menunjukkan satu set tingkah laku positif iaitu sama ada dengan kaedah model atau pemberitahuan. Akhirnya, memberikan ganjaran atau peneguhan untuk tingkah laku positif secara tekal dan konsisten. Jikalau murid-murid masih menunjukkan tingkah laku bermasalah walaupun pelbagai teknik dan “intervensi” digunakan, jadi mereka perlu mendapat nasihat dan bantuan dari para professional.

Terdapat beberapa prinsip yang boleh diamalkan untuk mengekalkan dan meningkatkan tingkah laku yang diingini dalam sesebuah sekolah. Dimana guru boleh mengamalkan prinsip bersiri anggaran untuk mengajar murid yang bermasalah untuk beraksi dalam satu cara yang dia tidak pernah melakukan sebelum ini. Guru juga boleh memberikan ganjaran secara bersiri sehingga masalah tingkah laku ditangani. Misalnya, seseorang murid yang suka bercakap dengan kuat dan kurang berminat untuk belajar. Dalam pengaplikasian prinsip ini, guru boleh memberi ganjaran kepada murid tersebut apabila dia bercakap dengan perlahan atau mengangkat tangan untuk menjawab soalan (Ragbir Kaur, 2012).

Di samping itu, prinsip peneguhan berterusan juga perlu diamalkan untuk mengekalkan dan meningkatkan tingkah laku yang diingini. Apabila guru ingin membangunkan satu tingkah laku yang baru terhadap seseorang murid yang belum menunjukkan sebelum ini, beliau akan memberikan ganjaran dengan serta merta secara berterusan semasa tingkah laku yang betul dipertunjukkan oleh murid tersebut. Sebagai contoh, seorang murid yang gagal dalam mata pelajaran sains, guru akan memberikan ganjaran setiap kali murid tersebut boleh menjawab satu set soalan sains dengan betul. Ini akan menggalakkan murid untuk mencuba dan membuat lebih banyak soalan sains dan seterusnya menikmati kejayaan dalam mata pelajaran tersebut.

Bagi prinsip peneguhan negatif pula, guru-guru akan memastikan murid menunjukkan peningkatan tingkah laku untuk mengelakkan daripada hukuman ringan yang telah ditetapkan oleh seseorang guru. Misalnya, jika seorang murid tidak ingin pergi ke bilik Guru Besar, dia perlulah duduk dengan diam sepanjang pengajaran dijalankan. Dalam prinsip peningkatan peneguhan, seseorang guru ingin menggalakkan murid untuk terus berusaha membuat satu tingkah laku yang telah dilazimkan dengan ganjaran, beliau akan meningkatkan jangka masa bagi murid tersebut untuk terus menunjukkan sesuatu tingkah laku yang positif. Misalnya, seorang kanak-kanak membuat 20 soalan matematik dan menerima pujian daripada guru. Menurut prinsip ini, guru akan meningkatkan kerja rumahnya kepada 50 soalan matematik serta menggalakkan untuk menjawab dengan betul sebelum murid tersebut pada kali yang berikutnya (Ragbir Kaur, 2012).

Manakala bagi tujuan mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini. Seseorang guru boleh mengamalkan prinsip penghapusan. Jika guru ingin seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, dia boleh mewujudkan situasi dimana murid-murid tidak mendapatkan sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu tingkah laku bermasalah. Bagi prinsip pengelakan pula, guru ingin mengajar murid-murid untuk mengelakkan sesuatu situasi negatif yang tertentu, guru dikehendaki memastikan stimuli tersebut dielakkan dengan sesuatu stimuli yang kurang selesa. Misalnya, seorang murid yang sentiasa lewat masuk ke bilik darjah. Guru akan memaklumkan bahawa jika dia lambat lagi, dia perlu memberi ucapan pada hari perhimpunan sekolah. Prinsip ini akan dikuatkuasakan dan murid tersebut akan datang dengan awal  untuk mengelakkan daripada memberi ucapan pada hari perhimpunan sekolah.

Tambahan pula, guru juga boleh mengamalkan prinsip pengurangan ketakutan bagi mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini. Hal ini kerana guru yang ingin membantu seseorang murid untuk mengatasi perasaan ketakutan dalam sesuatu situasi, guru itu dikehendaki meningkatkan pendedahan kepada situasi tersebut sehingga murid tersebut berasa selesa. Sebagai contohnya, seorang murid yang takut untuk menjawab soalan di dalam bilik darjah, guru boleh menggalakkan murid tersebut menjawab soalan di dalam kumpulan kecil terlebih dahulu. Ini dapat membina keyakinan sebelum mencuba untuk menjawab soalan di dalam bilik darjah. Prinsip hukuman juga boleh diamalkan oleh seseorang guru untuk mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini. Apabila guru ingin memberhentikan tingkah laku bermasalah yang serius, hukuman seperti merotan perlu dijalankan.  Seperkara lagi, teknik-teknik disiplin yang keras seperti dendaan dan hukuman akan membawa kesan-kesan negatif kepada murid-murid. Jadi, guru-guru perlu didedahkan kepada teknik modifikasi tingkah laku yang boleh memodifikasikan tingkah laku murid-murid dengan cara-cara yang positif.

Terdapat pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru-guru untuk memodifikasikan tingkah laku yang negatif. Antaranya ialah peneguhan, dendaan, reverse psychology, shaping, token economy, kontrak secara lisan atau bertulis, time-out, modeling, kawalan kendiri, pengurusan kendiri, peneguhan kendiri dan pengasingan (Ragbir Kaur, 2012). Dimana peneguhan merupakan sesuatu tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku tersebut akan bertambah. Ia juga boleh dibahagikan kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif menyediakan pencetus yang terancang dan sesuai serta memungkinkan pengulangan tingkah laku yang diingini. Stumphauzer (1985) menyatakan bahawa dalam  konteks modifikasi tingkah laku, pencetusan yang disediakan seperti ganjaran dan harapan kepada remaja akan mengekalkan tingkah laku yang baik atau mengubah tingkah laku yang bermasalah dengan mengikut norma. Manakala peneguhan negatif merupakan stimuli yang dipindahkan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Selain itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai. Misalnya guru mengejek kesilapan seseorang murid di hadapan orang ramai.

Seperkara lagi, dendaan juga merupakan salah satu teknik modifikasi tingkah laku (Ee Ah Meng, 2001). Skinner menyatakan bahawa dendan hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya akan diulangi. Di samping itu, murid yang didenda kerana tidak menguasai sesuatu kemahiran, ini akan menyebabkan murid tersebut menimbulkan sikap kebencian terhadap pembelajarannya. Bagi reverse psychology pula, ia memerlukan kemahiran guru memahami psikologi, sikap, pandangan dan pemikiran murid berkenaan. Tujuan utama bagi teknik ini adalah mencabar murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.  Sebagai contohnya, jika seorang guru ingin murid berdiam, beliau mungkin mengatakan dengan suara yang tegas seperti berikut, “Teruskan dan buat bising sekuat yang anda semua boleh.” Murid-muridnya akan diam dengan serta-merta kerana mereka memahami maksud sebenar yang disampaikan oleh guru. Justeru, dalam reverse psychology guru mengatakan sesuatu untuk mendapat suatu reaksi yang bertentangan.

Selain itu, teknik shaping juga merupakan salah satu teknik modifikasi tingkah laku. Menurut Mok Soon Sang (2011), teknik shaping digunakan untuk mengajar haiwan secara berperingkat supaya melakukan aktiviti permainan seperti dalam sarkas dan zoo. Di dalam sebuah makmal, Skinner memasukkan seekor tikus ke dalam sebuah kotak khas yang dikenali sebagai “Skinner Box” yang terdiri daripada tombol, alat memberi makanan, bekas makanan, lampu yang dapat dikawal nyalaannya. Disebabkan dorongan lapar, tikus berusaha keluar untuk mencari makanan. Semasa berusaha keluar dari kotak, tikus tertekan tombol dan makanan keluar. Semenjak itu, tikus menekan tombol apabila lapar dan makanan keluar secara beperingkat dengan berdasarkan peningkatan tahap pelaziman tikus tersebut, proses ini juga dikenali sebagai shaping. Justeru, ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa proses shaping ini juga boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku manusia yang diingini.

Guru juga boleh menggunakan teknik token economy untuk memodifikasikan tingkah laku murid-murid. Token economy merupakan satu sistem yang meneguhkan tingkah laku positif dengan memberikan token atau hadiah kepada murid-murid yang mencapai tingkah laku yang diingini. Misalnya, guru memberi bintang kepada murid-murid yang mendapat markah yang ditetapkan. Setelah murid berjaya mengumpulkan 10 bintang, dia boleh menukarkan hadiah seperti sekotak pensil warna daripada gurunya. Satu lagi teknik modifikasi tingkah laku yang boleh diamalkan oleh guru-guru adalah kontrak secara lisan atau bertulis. Dimana guru boleh membuat satu persetujuan di antara guru dengan murid setelah guru membincangkan dengan murid berkenaan. Jika kontrak dibuat secara bertulis, kontrak itu perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan jika murid melanggari, dia akan dihukum seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut (Ee Ah Meng, 1999). 

Time out juga merupakan satu teknik modifikasi tingkah laku murid-murid. Dalam teknik ini, jika murid tidak menunjukkan tingkah laku yang diingini, dia akan dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru. Misalnya bagi murid yang tidak menyiapkan kerja rumah, guru boleh mengarahkan murid tersebut melengkapkannya dalam ruang time out. Murid tersebut dibenarkan masuk ke bilik darjahnya apabila dia berjaya menyiapkan kerja rumahnya. Time out ini adalah berkesan bagi murid-murid yang berumur di antara 4 hingga 12 tahun sahaja. Dimana masa yang diperuntukkan bagi teknik ini adalah bergantung kepada darjah keseriusan masalah tingkah laku murid tersebut. Seperkara lagi, modeling juga merupakan salah satu teknik modifikasi tingkah laku. Dimana ia juga dikenali sebagai pembelajaran pemerhatian. Hal ini kerana guru menunjukkan suatu tingkah laku yang baik di kalangan murid-murid yang bermasalah dengan menyuruh mereka membuat pemerhatian. Selepas itu, mereka akan disuruh untuk membuat simulasi menegnai keadaan yang diperhatikan supaya murid-murid boleh menunjukkan tingkah laku positif yang sama.

Teknik modifikasi pengurusan kendiri, peneguhan kendiri dan pengawalan kendiri mempunyai pendekatan yang sama dengan teknik modeling. Dalam memodifikasikan teknik ini, guru-guru dikehendaki memodelkan sesuatu jenis tingkah laku positif dan menerangkan secara eksplisit langkah-langkah yang harus ditunjukkan oleh murid-murid dalam mengikuti tingkah laku tersebut. Manakala pengurusan kendiri harus diimplementasikan sebelum tingkah laku bermasalah berlaku. Ketiga-tiga teknik modifikasi tingkah laku ini mengajar murid-murid untuk melengkapkan tugasan sendiri dan mengambil peranan yang aktif untuk memantau dan meneguhkan tingkah laku kendiri. Teknik pengasingan merupakan teknik yang terakhir bagi modifikasi tingkah laku murid-murid. Dalam teknik ini, murid-murid disuruh keluar daripada bilik darjah atau dimasukkan dalam kelas detensi untuk menjalankan hukuman yang ditetapkan oleh guru. Guru-guru membiarkan tingkah laku murid-murid yang bermasalah negatif dengan tidak memberi sebarang perhatian kepadanya. Teknik ini berdasarkan andaian bahawa tingkah laku yang tidak diteguhkan akan terhapus dengan sendirinya.

5.0 Kesimpulan
Tingkah laku bermasalah tidak boleh memandang remeh. Hal ini kerana ia akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Setelah suatu tingkah laku bermasalah dikenalpasti, guru seharusnya menggunakan teknik modifikasi tingkah laku yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dengan lancar apabila tingkah laku bermasalah diselesaikan. Guru juga dikehendaki menunjukkan amalan nilai-nilai murni atau teladan sebagai contoh kepada murid-murid. Pandangan dan kajian dari tokoh-tokoh juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid.

Bibliografi

Ee, A. M. (1999). Psikologi pendidikn I: Psikologi Pendidikan 

         (Semester I)Kuala Lumpur:  Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee, A. M. (2001). Pedagogi II (2nd ed.) (Semester II). Shah Alam, 
    
        Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 

Mok, S. S. (2011). Psikologi pendidikan (2nd ed.).  Puchong, Selangor: 
       
         Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan ilmu pendidikan untuk 

        DPLI 
psikologi. Subang Jaya, Selangor:

        Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. 

        Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, dan Hazalizah 

        Hamzah. (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. 

        Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet

Teori Skinner: Teori modifikasi tingkah laku Skinner. (2010, Mei). 

         Dimuat turun dari http://akugpc.blogspot.com/2010/05/

         teori-skinner.html
       
Tingkah Laku Bermasalah. (2010, September). Dimuat turun dari
   
         http://www.scribd.com/doc/37767402/tingkahlaku-bermasalah
    
| 0 comments |

LEER MÁS...